"Merangsang Kehidupan Yang Sihat"

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Alhamdulilah...Air Minuman Herba yang di rumus khas oleh seorang anak jati Melaka. Beliau telah mendapat ramuan/formula ketika berada di Pulau Besar, Melaka. Sebelum ini beliau pernah berkongsi rahsia formula dalam menghasilkan produk minuman kesihatan berasaskan raja herba yang hangat diperkatakan di pasaran. Kini beliau sendiri muncul dengan satu produk yang diperhalusi proses penyediaan dan pemilihan herba daripada hasil penyelidikan yang lebih terperinci secara tradisional. Walau bagaimana pun, hasil ciptaan produk ini boleh didapati dengan harga yang murah, disamping niat dapat membantu mengurangkan kos kepada umum dalam merangsang kehidupan yang sihat untuk setiap golongan terutama yang berpendapatan rendah. Insyallah semoga dengan niat yang ikhlas dapat membantu mengurangkan beban penyakit yang ditanggung oleh mereka yang kurang kemampuan.Wassalam...

Khasiat dalam Perubatan

PECAH BELING

PECAH BELING atau nama saintifiknya Strobilanthes Crispus atau Saricocalix Crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 – 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma). Daun in dikenali dengan nama Pecah Beling, Enyoh Kilo, Kecibeling atau Kejibeling di Indonesia. Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama Pecah Kaca, Pecah Beling atau Jin Batu. Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat Kanser, Kencing Manis serta Batu Karang dan juga sebagai Agen Diuretik.

Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak Air Pecah Beling mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan pertumbuhan Retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia. Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti Asid Kafeik, Asid P-Hidroksi Benzoik, Asid P-Voumarik, Asid Vanillik, Asid Gentinik, Asid Ferulik dan Asid Siringik.

Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun Pecah Beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti Kalium (51%), Kalsium (24%), Natrium (24%), Ferum (1%) dan Fosforus (1%). Daunnya juga mempunyai kandungan Vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti Katekin dan Tannin. Daun ini juga mengandungi Kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah. Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah Antioksidan (Total Antioxidant Activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan Yerbamate (Teh Herba) dan Vitamin E (alfa-tokoferol).

Bagi kajian Antikanser pula, kajian Praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak Pecah Beling secara In Vitro (Kultur Tisu) dan In Vivo (Kajian Haiwan). Bagi kajian Kultur Tisu, ekstrak Pecah Beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan Sel Kanser Kolon, Kanser Hati dan Kanser Buah Dada. Ekstrak ini mampu membunuh sel Kanser dengan mengaruh sel Kanser ini mati secara semula jadi (Apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. Di samping itu, ekstrak Pecah Beling ini juga mampu untuk memendamkan gen penyebab Kanser, sekali gus mengurangkan risiko dan keterukan Kanser. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak air Pecah Beling pada kepekatan 2.5% dan 5% mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati bagi tikus yang diaruh kanser hati.
 
Fitosterol (Sterol dari tumbuhan) telah berjaya diasingkan daripada daun Pecah Beling ini. Bahan ini telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel Kanser seperti yang telah disebutkan di atas. Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras kolesterol darah kerana Fitosterol akan bersaing dengan Kolesterol di dalam usus, sekali gus menyebabkan Kolesterol dari makanan tidak dapat diserap.

Ekstrak air daun Pecah Beling juga telah diuji keberkesanannya sebagai Agen Antidiabetis pada tikus yang diaruh Diabetes. Ekstrak daun Pecah Beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah Antioksidan (Total Antioxidant Level) darah bagi tikus yang diaruh Diabetes atau Kencing Manis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah Antioksida (Total Antioxidant Level). Peningkatan paras jumlah Antioksidan (Total Antioxidant Level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal.
 
MELADA PAHIT

Tumbuhan herba yang dikenali sebagai MELADA PAHIT atau nama saintifiknya Brucea amarissina merupakan tumbuhan herba jenis pokok renek dan berkayu. Paling tinggi ia boleh membesar antara lima sehingga enam kaki. Habitatnya pula adalah kawasan yang menerima cabaya matahari secara terus. Daun Melada Pahit berbentuk halus dan bergerigi di bahagian tepi. Daun ini berwarna hijau muda dan berbulu halus tetapi bila sudah matang, warnanya berubah menjadi kekuningan.

Bagaimanapun, menurut Ketua Institut Sains Biologi Universiti Malaya, Prof. Mohamed Abdul Majid, pokok ini sememangnya mempunyai khasiat tersendiri dari segi perubatan herba, khususnya dalam merawat cirit-birit, demam, penyakit kulit, sakit sendi dan gigitan serangga berbisa. Kata beliau, tumbuhan ini digunakan secara meluas oleh masyarakat Cina khususnya untuk merawat penyakit cirit-birit. Caranya ialah dengan mengambil beberapa biji melada pahit yang sudah dikeringkan dan tumbuk sehingga lumat. Bahan itu dibancuh dengan segelas air masak dan kemudian diminum. Tetapi rasanya amat pahit. Penggunaan itu cukup berkesan sebagaimana yang telah dibuktikan melalui kajian saintifik yang dilakukan oleh sebuah syarikat Jerman, Merck pada tahun 1901.

Kajian di Institut Penyelidikan Perubatan di Taiwan menunjukkan bahawa terdapat beberapa bahan yang membunuh kuman yang menyebabkan cirit-birit (Amoebic Dysenteiy). “Mereka menemui beberapa bahan yang boleh merawat penyakit cirit-birit pada biji dan kulit kayu,” kata Prof. Mohamed. Terbaru sekali, beliau menambah, kajian sedang dijalankan di Hong Kong dan Thailand untuk mengekstrak bahan antikanser dari Melada Pahit.

Bagi merawat penyakit kulit dan gigitan serangga berbisa, Prof. Mohamed berkata, kaedah rawatan ini yang menggunakan daunnya, banyak dilakukan oleh masyarakat Melayu dan Jawa. “Ambil beberapa helai daun Melada Pahit yang segar dan tumbuk sehingga lumat. Setelah itu, campurkan sedikit kapur dan sapu di tempat yang terkena penyakit kulit atau gigitan serangga berbisa itu,” katanya.

Dipetik dari keratan akhbar Mingguan Malaysia
 
Pokok ini terkenal dikampung sebagai ubat bisul, kebanyakan orang orang pantai timur tahu bahawa orang yang bepenyakit bisul akan sembuh selepas memakan buah melada pahit. Pada zaman dahulu kaum wanita yang berpenyakit payudara bernanah (sekarang dipanggil kanser payudara) akan diberi makan buah Melada Pahit disebelah pagi dan malam. Zaman sekarang kebanyakkan orang telah meninggalkan terus amalan peninggalan nenek moyang kita ini.

(English: Brucea javanica well known in rural areas as carbuncle medicine and it is proven very effective. Before the arrival of modern medicine women with breast cancer will be asked to eat the fruits in the morning and evening to cure the disease. Sadly, nowadays the tree has been forgotten and people depend solely on modern medicine)
 
Pada tahun 1900 Dr Mouget dari Perancis telah berjaya menyembuhkan 871 dari 879 pesakit ' Dysentery 'dengan mengunakan Melada Pahit di sebabkan orang-orang cina mengunakannya.

(English: In1900, a French doctor, Dr Mouget of Saigon had reported that he had cured 871 out of 879 cases of Dysentery by using Brucea, because the Chinese used it.)